Assalamualaikum.
Hai semua,apa khabar?.Lama juga tak update blog aku ni.Sedar tak sedar dah bulan Mei.Cepat masa berlalu,pantas.Aku pun tak ada topik nak tulis kat sini.Tengah fikir idea-idea yang sesuai.Tengoklah,kalau tiba-tiba ada topik,aku tulis lah.Apapun,terima kasih.Jumpa lagi.
Wassalam.
11hb Mei 2011
Wednesday, May 11, 2011
Lamanya...
Posted by aku azha at 12:44 AM 0 comments
Wednesday, March 30, 2011
Chak!!!...
Assalamualaikum.
Hai kawan2x,lama dah tak update blog ni.Huhu,bz la katakan.banyak juga perkara nak ditaipkan dalam blog ni,insya-Allah aku akan update kan nanti.Jumpa lagi...
Wassalam.
30.03.2011 (Rabu)..
Posted by aku azha at 11:29 AM 0 comments
Tuesday, January 25, 2011
"CharKueyTeow"
Assalamualaikum.
Ha3x,saje je nk kasi masuk dlm blog aku ni..sal makanan.Aaa,antara makanan kegemaran aku selain dari Mee/Mihun Sup+Mee/Mihun Kari+Laksa..dan lain2x (byk,tp tu yg paling aku suka)hihihi ialah.."Char Kuey Teow".Setakat ni,yg aku mkn+rasa+nikmati CharKueyTeow ni "The Best" kat Shah Alam la.Seminggu aku dok sana,makan CharKueyTeow jer,muka pn dah cam CharKueyTeow daa.hahaha.
Hmm,bagi memenuhi "nafsu" makan CharKueyTeow ni,aku dgn usaha+menkaji cara2x membuat makanan yg aku suka ni,telah berjaya memasak "Azha CharKueyTeow".Haha,sebab aku letak nama aku???Aa,senang je..aku yg masak,aku punya suka lah.hehehe.Oklah,kat sini aku kongsi lah resepi CharKueyTeow aku ni utk kwn2x,walau pun tak sama cam kat kedai2x,tp dpt memenuhi selera aku..huhu.
Bahan2x : -
-Kuey Teow Mee... (ikutla,sebungkus?2 bungkus?)haha...
-Udang... (rebus,air rebusan udang leh di gunakan)
-Kerang... (pastikan rebus dahulu..buang kulit,ambik isinya)haha..
-Bawang Putih...
-Garam + Gula...
-Kicap... (ikutla,masin leh..manis pun leh..)hihi..
-Cili Boh...
-Daud Kucai... (dipotong 1 inc,ikut suka anda..)haha..
-Taugeh...
-Minyak Masak...
-Telur Ayam...
Cara2x nk masak : -
Panaskan kuali..pastu masukan minyak masak..tumis bawang putih pai naik bau pastu masukan cili boh pai pecah minyak..pastu masukan kicap seenak nya..pastu masukan sedikit air rebusan udang tadi..pastu masukan garam+gula ikutla nak manis atau masin hihi..pastu masukan daun kucai+taugeh..pastu masukan udang+kerang..pastu masukan Mee Kuey Teow..pastu masukan telur ayam,tp pastikan pecahkan dulu telur tu hahaha..pastu kacau lah sehingga sebati..nak cair lagi,tambahkan air rebusan tadi..jadi,siap lah "Azha CharKueyTeow"..haha. Selamat Mencuba!!!
**banyak sgt pastu..pastu..pastu,hahahaha. 25.01.2011 (2.22am)
Posted by aku azha at 1:57 AM 0 comments
Years From Now...
Assalamualaikum.
Selamat pagi kwn2x,hmm cam biasa."Aku xleh tdo" haha,tp bab aku ne siapkan kerja daa.Tu sal tak leh tdo.Huhu.Aaa,aku nk post kan lirik lah,sebab sejak 2 menjak ni,aku dok layan lagu Aizat Amdan-Years From Now.Sebab apa???.Sebab musik nye ok,lirik pun ok,mudah faham (bab aku tak pandai omputih laaa)hahaha.Ok,enjoy.Wassalam. 25.01.2011 (01.38am)...
Years From Now (Aizat Amdan)
What will I be years from now,
What will I wear, how will I look,
I think too much, I think too much..
Sometimes it's scary over thinking,
What you have or haven't done,
You think too much, You think too much..
Will the rain smell the same,
Will our loosing treacherous game,
And the star much shine,
The colours seem so blurry..
Will I end up all alone,
Without a shoulder to cry on..
What will I be years from now,
I have answered them but none have answered me,
And when my time has come,
I hope my last seconds in this life will have you,
Will have you..
Will the rain smell the same,
Will our loosing treacherous game,
And neglect most people who,
Seem so worthy..
Posted by aku azha at 1:32 AM 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
...Arrrggghhhhhzzzz...
Assalamualaikum.
Selamat mlm+pagi kawan2x.Hmm,aku xleh tdo lak mlm ni,kira dah pagi ni.Try pejam mata,guling sana guling sini...aiii susah nak tido.Ni sejak aku sakit,susah nak tido ni,aduiiii.Ganggu kerja hakiki aku nanti.Boss,im so sorry.hehe.Ni tiba2x tgh baring2x nak tido,dah off lampu,gelap..aku ada idea.Aaa idea apa???...Jeng2x,PANTUN!!!.Hmm,lama aku tak buat pantun.Ingat dulu2x aku pekenakan adik bongsu aku dengan pantun matematik,kes dia salah kira.Haha,lawak masa tu.Dah jadi kenangan.Aku pun dah tak ingat bila..haha.Nak baca Pantun aku???Yg baru sat tadi aku wat..kira karya hak cipta aku ni.huh!!!....ini dia...
Sakitnya Hati Tidak Terperi..,
Memetik Mawar Biar Berduri..,
Kerana Pipi Ku Jatuh Hati..,
Dekat Tak Dapat Jauh Pun Jadi..,
Aaa,dah baca???.Faham maksud tersirat???.Ini sikit je aku letak kat blog aku ni.Nanti lah aku kasi yang full version nye pantun ni.Sabar ya..haha.Oklah,aku try nak tido balik.Ngatok sangat2x.Untuk kwn2x & Lisa Surihani..slmt mlm+pagi.Zzzz.bye.
Wassalam.
19.01.2011..(2.10am)
Posted by aku azha at 1:58 AM 0 comments
Tuesday, January 11, 2011
...Matikan Hatiku...

Matikan hatiku...
Matikan hatiku...
Matikan hatiku...
...daripada mencintai sesorang yang tak pasti mencintaiku...
...yang tak pasti menjadi miliku...
...yang ku tak pasti...
Ya Allah...Matikan Hatiku...daripada begini...amin.
11.01.2011...(Tak pasti..sajak ke,pantun ke..ntahlah..)hahaha...
Posted by aku azha at 1:48 AM 0 comments
Friday, January 7, 2011
Doa Seorang Suami...
Ya Allah ...
Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim..
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di atas Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya... Isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya
Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang di sayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya
Hanya padaMu Ya Allah ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujia dariMu
Ya Allah .. Sesungguhnya diriku ini Hanyalah HambaMu yang Lemah dan Fakir
Limpahkan lah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah , atas segala Dosa-dosa yang telah aku lakukan
Amin, amin Ya Rabbal Allamin
*Doa ini aku ambil dari blog sahabat.Insya-Allah,kita kongsikan bersama...
Posted by aku azha at 12:05 AM 0 comments
Saturday, January 1, 2011
Berlalunya 2010...

Assalamualaikum...
Semalam dah berlalu tahun 2010.Cepat je,sampai tak sedar dah masuk tahun 2011 hu3x.Banyak kenangan pahit & manis dalam tahun tersebut yg aku lalui & juga aku alami.Kat sini aku tak cerita pasal kenangan pahit dalam tahun 2010,tapi nak cerita pasal kenangan & perkara2x manis yang aku lalui & alami sepanjang tahun itu,hu3x...
2010,hmmm apa aku nak mula daaa..ha3x.Antara kenangan paling manis aku bila dapat memiliki GF aku iaitu "Vee".Rasa cam tak percaya,sebab sebelum aku kerja tetap ni aku de "azam" nak pakai kereta Myvi,warna putih & plat nombor KL.Aaa,Alhamdulillah aku dapat juga miliki Vee aku ni dgn apa yg aku azam tu aku buat,hi3x.Pastu,konsert RedOnBlack.Sebenarnya lama dah tak layan konsert,tapi dapat tahu Wings,Search & Ella datang Kuantan,aku tak lepaskan peluang.Aku & best friend aku Hairy Azmeer layan konsert tu bersama rakan2x lain hu3x syok ooo.Bila lagi ada konsert yer...ha3x...
*..aa,ni la my GF.."Vee"..cun kan???..hi3x..
Aaa,sebelum tahun 2010 berlalu,adalah aku celebrate birthday seseorang.Ha3x,nak tahu siapa???.Saje aku buat gempak keh3x.Birthday kawan yg dah lama aku kenal,tapi dalam "Alam Maya" je.Yerlah,kalau aku tak silap la dah 2tahun aku kenal dia dalam dunia tu,he3x.Dari era Myspace ke Friendster hingga ke Facebook ooo.Ada la aku try2x ajak keluar nak kenal2x tapi...yela aku sibuk,dia pun sibuk.Lagipun aku ni kan pemalu,ala malu2x "meow" ha3x.Last2x,dapat gak jumpa & kenal terus je celebrate birthday dia walau dah masuk bulan 12 pd masa tu,hu3x.Apapun untuk dia,Thank You sebab sudi jumpa and sorry celebrate your birthday yang tak dirancang tu awalnya.Keh3x...
Aku ke Stadium Bukit Jalil,aaa.Aku tengok bola ooo, Malaysia lawan Indonesia Final 1st Leg AFF Suzuki Cup. Wahhh,memang best masa tu.Yela,aku ni kan "Tak Upaya" maksud aku,aku dalam kesakitan lagi.Tapi kalau dah minat sangat,lagipun Malaysia ke Final aku redah je.Sakit tu kejap je,dalam 90minit tiba2x je hilang,ha3x.Malaysia 3-0 Indonesia.Akhirnya Malaysia menjadi Juara AFF Suzuki Cup buat kali pertama,yahooooo...
*..aku & Hairy Azmeer di Bukit Jalil..
Banyak lagi perkara2x manis aku alami dlm tahun 2010.Tapi,itu je yg aku dapat ceritakan kat sini,hi3x.Takut lak,kwn2x rasa muak lak dok cerita benda manis2x je hu3x.Apapun,dah tahun 2011,apa azam anda???.Aku???,ntah!!!Aku pun tak tahu.he3x.Aku harap aku sihat sejahtera,Alhamdulillah pun dah cukup.Asal dapat kerja,dapat bantu diri sendiri & keluarga.Aminnn.Oklah,Selamat Tahun Baru 2011...
Wassalam...01.01.2011...
Posted by aku azha at 12:49 AM 0 comments
